LAWATAN TAPAK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

LAWATAN TAPAK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH

TAWAU – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah mengadakan lawatan kerja turun padang bagi meninjau kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah yang melibatkan empat (4) Work Package (WP) kritikal di koridor Tawau–Sandakan, di sini hari ini.

Tinjauan mesyuarat dan tapak ini merangkumi pakej kerja WP17 (Mile 32–Moynod), WP18 (Madai–IGN Estate), WP19 (IGN Estate–Agri Harvest), dan WP20 (Agri Harvest–Sapagaya). Fokus utama penganjuran ini adalah untuk mengenal pasti kekangan fizikal serta memastikan tindakan penyelesaian segera dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan jadual penyiapan projek.

Antara perkara utama yang diberi perhatian khusus ialah isu pengalihan utiliti yang didentifikasi masih menjejaskan kelancaran kerja di beberapa lokasi kritikal (critical path). Beliau menegaskan bahawa isu utiliti tidak wajar terus dijadikan alasan kelewatan penyiapan projek, sebaliknya setiap agensi pelaksana, kontraktor, dan syarikat utiliti perlu bergerak sebagai satu pasukan yang berakauntabiliti dengan garis masa (deadline) penyelesaian yang jelas.

Sesi tinjauan tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus; Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab; serta wakil-wakil pegawai kanan KKR, JKR Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, dan syarikat utiliti seperti Sabah Electricity, Celcom Timur, Telekom Malaysia, dan Maxis.

Pelaksanaan Projek LPB Sabah merupakan jaringan infrastruktur strategik yang penting untuk meningkatkan ketersambungan, merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan, serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya di Sabah. KKR dan JKR kekal komited mempraktikkan KKR Delivery Culture yang berteraskan Sense of Urgency, Sense of Responsibility, Sense of Accountability, pendekatan Follow Up – Follow Through, serta prinsip "Less Excuses, More Execution; Less Talk, More Delivery".

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3