TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING ELEKTRIK BAGI MENAIK TARAF LEBUHRAYA TANJUNG MALIM – LUMUT: FASA 1: MENAIK TARAF JALAN FT001 DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DAERAH MUALLIM (CKD01) DARI SEKSYEN 473.84 HINGGA SEKSYEN 476.64 DAN KERJA AWALAN JALAN FT001 DARI | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Date of Advertisement
Procurement Title

TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING ELEKTRIK BAGI MENAIK TARAF LEBUHRAYA TANJUNG MALIM – LUMUT: FASA 1: MENAIK TARAF JALAN FT001 DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DAERAH MUALLIM (CKD01) DARI SEKSYEN 473.84 HINGGA SEKSYEN 476.64 DAN KERJA AWALAN JALAN FT001 DARI SEKSYEN 466.8 HINGGA SEKSYEN 483.0 (REKA BENTUK), PERAK

Calling Office

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

03-26189983
DZAKIRA BINTI ZAKARIA
017-3425252 / DZAKIRA@JKR.GOV.MY

Company Status

KATEGORI PERUNDING
KATEGORI PERUNDING: JURUTERA ELEKTRIK
BIDANG PERUNDING: 330103
SUB BIDANG PERUNDING: KEJURUTERAAN ELEKTRIK

On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM50.00
Site visit

TIDAK BERKENAAN

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN:
MASA LAWATAN:
LOKASI LAWATAN:

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 11/09/2026
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Secara atas talian di pautan : https://meet.google.com/gdj-epmu-hfx

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 50
MAKLUMAT BAYARAN
 BILLER CODE: KKR 177501
REF 1: JKR(PP)/IP/CKE/9/2026 (P)
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.

TARIKH MULA DIJUAL17/09/2026
TARIKH AKHIR DIJUAL24/09/2026
TEMPAT DIJUALSECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
TARIKH TENDER DITUTUP15/10/2026
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTA1) LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT TENDER:
a) Tiada lawatan tapak untuk tender ini .
b) Kehadiran Taklimat Tender secara atas talian adalah DIWAJIBKAN di pautan google meet https://meet.google.com/gdj-epmu-hfx pada 11hb September 2026 (Jumaat), jam 10.00 Pagi.
c) Petender yang telah menghadiri Taklimat Tender sahaja yang akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Mana-mana syarikat yang tidak menghadiri taklimat tender tetapi membuat bayaran dokumen, bayaran tersebut tidak diambil kira dan tidak akan dipulangkan kerana tidak menepati syarat kehadiran taklimat tender

2) PENDAFTARAN PERUNDING:
a) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang yang ditetapkan dan tempoh pendaftaran masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender diiklankan
b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan tempoh pendaftaran masih sah semasa tarikh tutup tender
c) Mengemukakan Tax Compliance Certificate (TCC) dari Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDNM) bersama dokumen tender semasa mengemukakan tawaran. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus “PATUH” dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.

3)MENGISI BORANG SARINGAN
a) Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan https://forms.gle/gtwE9UW9nMESHRFS8 bermula dari 3 September 2026 (Khamis) hingga 9 September 2026 (Rabu) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan menerima e-mel bagi Taklimat Tender. Mana-mana Petender/Syarikat yang tidak melalui proses saringan tetapi menghadiri taklimat tender, kehadirannya tidak akan diambil kira dan tidak dibenarkan untuk menyertai tender.

4) MUAT TURUN DOKUMEN TENDER ATAS TALIAN
a) Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah pada adalah pada 17 September 2026 (Khamis) bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 24 September 2026 (Khamis), jam 11.59 malam

5) PENYERAHAN DOKUMEN TENDER
a) Dokumen Tender hendaklah dikemukakan secara SERAHAN TANGAN dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 15hb Oktober 2026, jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender akan direkodkan sebagai LEWAT DAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sekiranya dikemukakan pada jam 12.01 tengahari dan ke atas. Cadangan Tenikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat BERASINGAN yang berlakri dan ditandakan “CADANGAN TEKNIKAL” dan “CADANGAN KOS” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan seperti di atas. Segala urusan petender sama ada secara serahan tangan hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa.

6) PERINGATAN:
Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian petender dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
Closing date