KKR SERTAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2026M
SERDANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini menyertai Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Turut hadir mewakili KKR ialah YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) serta YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya. Kontigen ini juga turut disertai oleh warga JKR, LLM dan CIDB.
Sambutan penuh bermakna ini menjadi wadah untuk umat Islam menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW serta memperkukuh kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Program sambutan turut diserikan dengan perarakan kontinjen pelbagai kementerian dan agensi yang mencerminkan semangat perpaduan, ukhuwah serta penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan rakyat Malaysia.
KKR sentiasa komited untuk menerapkan nilai-nilai murni yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW seperti amanah, integriti, ihsan dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan tanggungjawab membangunkan infrastruktur negara demi kesejahteraan rakyat.
- Log in to post comments