KKR HARGAI SUMBANGAN DAN KECEMERLANGAN WARGA KEJURUTERAAN NEGARA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR HARGAI SUMBANGAN DAN KECEMERLANGAN WARGA KEJURUTERAAN NEGARA

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi hari ini menghadiri Majlis Anugerah Kejuruteraan dan Penghargaan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Majlis ini merupakan platform penting bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan sumbangan warga kejuruteraan dalam pembangunan negara, selain menghargai peranan media serta pertubuhan kejuruteraan yang sentiasa menyokong kemajuan profesion kejuruteraan di Malaysia.

Antara anugerah yang disampaikan termasuk : 

  • Young Engineering Innovation Trophy,
  • National Engineering Project Excellence Award (NEPEA),
  • Special Mention International Engineering Award 2026,
  • Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Negara 2026
  • Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2026.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri Kerja Raya turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kejuruteraan atas komitmen dan kepakaran mereka dalam memastikan pembangunan infrastruktur negara terus dilaksanakan secara berkualiti, selamat dan mampan.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian serta kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan kebersamaan dalam kalangan warga kejuruteraan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6