MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 2 TAHUN 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 2 TAHUN 2026

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KKR Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, dan turut dihadiri oleh wakil Pihak Pegawai serta Pihak Pekerja MBJ KKR. MBJ KKR kekal menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara pihak Pengurusan dan pihak Pekerja demi kesejahteraan warga KKR dan penyampaian perkhidmatan terbaik untuk rakyat. 

Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan berimpak kepada rakyat, budaya kerja warga KKR hendaklah positif dan responsif. Nilai yang perlu dititikberatkan adalah akauntabiliti, kesegeraan bertindak, serta tindakan susulan yang berterusan dan konsisten. Elakkan budaya saling menyalahkan dan melepaskan tanggungjawab.

Seterusnya,  bagi KKR kekal relevan dan dinamik, warga KKR perlu fokus kepada kecerdasan buatan (AI), penanda aras serta inovasi demi meningkatkan kecekapan dan produktiviti KKR.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4