MAJLIS KIBARKAN JALUR GEMILANG 2026: KESEJAHTERAAN DINIKMATI BERSAMA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS KIBARKAN JALUR GEMILANG 2026: KESEJAHTERAAN DINIKMATI BERSAMA

KUALA LUMPUR - YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), telah menghadiri Majlis Kibarkan Jalur Gemilang 2026: Kesejahteraan Dinikmati, yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Majlis ini yang diadakan sejurus selesai  _AI Public Sector Senior Leadership Executive Programme_ turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian serta Ketua-Ketua Perkhidmatan.

Penganjuran majlis ini menjadi simbolik kepada permulaan sambutan Bulan Kebangsaan 2026, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara. Kibaran Jalur Gemilang bukan sekadar lambang kedaulatan negara, malah mencerminkan iltizam seluruh penjawat awam untuk terus memperkukuh tadbir urus, mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan dan memacu pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", Kementerian Kerja Raya kekal komited untuk memperkasakan pembangunan infrastruktur negara yang berkualiti, mampan dan berdaya tahan, sebagai pemangkin kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4