TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENJAWAB DUA SOALAN DI DEWAN NEGARA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENJAWAB DUA SOALAN DI DEWAN NEGARA

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, hari ini menjawab dua soalan lisan di Dewan Negara yang menyentuh isu kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A serta langkah-langkah penguatkuasaan had laju bagi kenderaan berat di kawasan lebuh raya yang sedang menjalani kerja-kerja naik taraf.

Bagi Soalan No. 6 yang dikemukakan oleh Senator Datuk Bobbey bin Suan, YB Timbalan Menteri memaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa memantau pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual serta spesifikasi yang ditetapkan.

Projek strategik ini merupakan antara inisiatif utama Kerajaan dalam meningkatkan jaringan infrastruktur jalan raya di Sabah sekali gus memperkukuh hubungan antara daerah, merancakkan aktiviti ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. KKR bersama agensi pelaksana akan terus memperhebat pemantauan di tapak projek, menyelesaikan isu-isu pelaksanaan secara proaktif dan memastikan kemajuan fizikal setiap pakej kerja berada pada landasan yang ditetapkan sehingga projek dapat disiapkan mengikut jadual.

Sementara itu, bagi Soalan No. 10 yang dikemukakan oleh Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa, YB Timbalan Menteri menjelaskan bahawa KKR memandang serius aspek keselamatan pengguna jalan raya, khususnya di lokasi yang sedang menjalani kerja-kerja pelebaran dan naik taraf seperti di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak serta Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3