MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2026

KUALA LUMPUR -  Program Pementoran Kepimpinan Sektor Awam merupakan salah satu komponen penting dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030 yang bertujuan melahirkan pemimpin sektor awam yang berdaya saing, berintegriti dan berprestasi tinggi.

Melalui program ini, penjawat awam diperkasakan dengan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan baharu bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan, profesionalisme dan produktiviti melalui pendekatan hubungan mentor-menti.

Program ini memberi fokus kepada pembangunan kompetensi kepimpinan, perkongsian pengalaman, peningkatan kemahiran membuat keputusan, komunikasi berkesan serta pembentukan nilai integriti dan profesionalisme dalam kalangan peserta.

Kementerian Kerja Raya (KKR) pada tahun 2026 telah memulakan pelaksanaan Program Pementoran Kepimpinan buat julung kalinya dengan penglibatan empat (4) orang mentor dan sepuluh (10) orang menti yang terdiri daripada warga KKR dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Majlis Pelancaran Program Pementoran Kepimpinan KKR anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah diadakan di Bilik Cempaka, Kompleks Kerja Raya dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Empat orang mentor yang dilantik ialah:

  1. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
  2. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan)
  3. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infrastruktur)
  4. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar)

Seramai 10 orang mentee daripada KKR dan JKR turut menerima surat lantikan masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan, iaitu Tuan Haji Zakaria Zawawi, Perunding Latihan Kanan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), serta Encik Azran Osman Rani, Ketua Pegawai Eksekutif Naluri Hidup Sdn. Bhd., yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan pembangunan kepimpinan.

Semoga pelaksanaan Program Pementoran Kepimpinan KKR yang akan berlangsung selama enam (6) bulan ini dapat menjadi platform berkesan dalam memperkasa bakat kepimpinan, memperkukuh jaringan profesional serta memindahkan ilmu dan pengalaman antara mentor dan menti demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang cemerlang dan berwibawa.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4