MEMPERKASA TRANSFORMASI DIGITAL SEKTOR PEMBINAAN NEGARA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MEMPERKASA TRANSFORMASI DIGITAL SEKTOR PEMBINAAN NEGARA

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Sekretariat Industrialised Building System (IBS), Building Information Modelling (BIM) dan Pre-Approved Plan (PLAN) Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan bagi membincangkan status pelaksanaan, pemantauan serta hala tuju inisiatif IBS dan BIM dalam projek-projek Kerajaan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi, di samping memastikan agenda pendigitalan dan pemodenan industri pembinaan negara terus diperkasakan.

Usaha berterusan ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah penyampaian projek pembangunan yang lebih cekap, berkualiti, mampan dan berdaya saing.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3