SESI KAMAR KHAS DEWAN RAKYAT: KKR PERINCIKAN STATUS TERKINI PROJEK PELEBARAN LEBUHRAYA PASIR GUDANG
KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi petang tadi telah hadir ke Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pulai, YB Tuan Suhaizan Bin Kaiat. Sesi tersebut memfokuskan kepada status terkini dan perkembangan pelaksanaan projek pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang.
Dalam sesi tersebut, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah memberikan penjelasan terperinci mengenai fasa-fasa kerja yang sedang berjalan, jadual implementasi, serta komitmen kementerian dalam memastikan projek impak tinggi ini disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan demi keselesaan dan keselamatan pengguna.
Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa memandang serius terhadap keperluan menaik taraf infrastruktur jalan raya di kawasan berkepentingan ekonomi seperti laluan Pasir Gudang. Kerjasama erat antara semua pihak berkepentingan akan terus diperkukuh bagi meminimumkan gangguan trafik sepanjang tempoh pembinaan berlangsung.
- Log in to post comments