TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA JELAS STATUS SEMAKAN SEMULA YURAN PERUNDING JURUTERA DI DEWAN RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA JELAS STATUS SEMAKAN SEMULA YURAN PERUNDING JURUTERA DI DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, hari ini telah menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas (2026) berhubung status semakan semula yuran perunding bagi jurutera atau Engineers Scale of Fees.

Soalan tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato’ Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab, yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status semakan semula kadar yuran perunding jurutera, pelaksanaan kadar baharu serta pematuhannya oleh semua agensi pelaksana bagi projek-projek Kerajaan.

Dalam jawapannya, YB Timbalan Menteri menjelaskan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa komited memastikan kadar yuran perunding yang diguna pakai adalah relevan, adil dan selaras dengan keperluan semasa industri pembinaan serta mengambil kira kepentingan Kerajaan, pihak perunding dan kualiti penyampaian projek pembangunan negara.

Beliau turut memaklumkan bahawa semakan semula Engineers Scale of Fees sedang melalui proses yang sewajarnya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan. Sebarang pelaksanaan kadar yuran baharu akan dimaklumkan setelah semua proses penelitian dan kelulusan berkaitan dimuktamadkan.

KKR akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan sebarang penetapan kadar yuran baharu dapat dilaksanakan secara teratur, telus dan memberi manfaat kepada semua pihak, di samping memperkukuhkan tadbir urus serta meningkatkan kualiti pelaksanaan projek-projek Kerajaan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2