KKR SOKONG PELAKSANAAN PENYASARAN SUBSIDI DIESEL: SESI TAKLIMAT BERSAMA MENTERI KEWANGAN II DIADAKAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR SOKONG PELAKSANAAN PENYASARAN SUBSIDI DIESEL: SESI TAKLIMAT BERSAMA MENTERI KEWANGAN II DIADAKAN

KUCHING – Pagi tadi, Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir ke Sesi Taklimat Media Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel yang disampaikan oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Perbincangan berkaitan langkah penyasaran semula subsidi ini dilaksanakan bagi menangani isu ketidakseragaman mekanisme subsidi diesel negara. 

YBM serta Menteri Kewangan II turut mengadakan lawatan kerja ke Stesen Minyak Petros Multifuel Darul Hana di Kuching, Sarawak. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat demonstrasi penggunaan sistem BUDI Diesel yang dijadualkan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Julai 2026.

Melalui pelaksanaan ini, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) kini diperluas ke Sabah dan Sarawak, membolehkan kenderaan komersial yang layak menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter dengan menggunakan fleet card.

Selain itu, penerima BUDI Diesel juga diberi kemudahan untuk membuat permohonan tambahan kuota sebanyak 100 liter melalui laman web rasmi BUDI Madani atau dengan hadir ke Pejabat LHDN.

Dalam lawatan tersebut, YBM KKR turut memberi penjelasan mengenai isu kos semasa dengan menegaskan bahawa harga simen tidak mengalami sebarang kenaikan. Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan berlaku peningkatan pada kos logistik yang berpunca daripada pelarasan harga diesel pasaran ketika ini.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3