PENYEMPURNAAN PERASMIAN DAN PENYERAHAN JAMBATAN, SUNGAI SALA, KEDAH
KOTA SETAR – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) telah turun padang menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Jambatan FT001/837/70 Sungai Sala, Kota Setar, Kedah.
Turut hadir YBhg. Dato' Haji Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar; YBrs. Puan Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan JKR Malaysia, YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah, YBrs. Ir Isnil Badril bin Ismail, Jurutera Daerah Kota Setar serta barisan pengurusan KKR, JKR dan agensi berkaitan.
Projek naiktaraf Jambatan Sungai Sala yang bernilai RM18.83 juta ini dilaksanakan bagi menggantikan struktur lama dengan jambatan baharu yang lebih selamat, kukuh dan berdaya tahan demi keselesaan pengguna jalan raya. Pembinaan jambatan baharu sepanjang 193 meter ini bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan pengguna, malah melancarkan aliran trafik, mengurangkan kesesakan serta menyediakan laluan yang lebih selesa dan selamat untuk pejalan kaki.
Selain memudahkan perjalanan harian penduduk, projek ini turut menyokong pertumbuhan sosioekonomi setempat, memperkukuh hubungan perhubungan di Kota Setar serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui penyediaan infrastruktur yang lebih moden dan mampan.
KKR melalui JKR akan terus komited memperkukuh penyampaian projek infrastruktur berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan MYJalan.
- Log in to post comments