KSU MENGHADIRI SESI PERTEMUAN DAN PENYAMPAIAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) KEPADA KONTRAKTOR KECIL BUMIPUTERA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU MENGHADIRI SESI PERTEMUAN DAN PENYAMPAIAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) KEPADA KONTRAKTOR KECIL BUMIPUTERA

IPOH - YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Kecil Bumiputera. Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Sesi ini berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Ipoh, Perak.

Kerajaan MADANI terus komited membantu kontraktor kecil Bumiputera supaya lebih berdaya saing dan mampu berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Sokongan ini bukan sahaja memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk berkembang, malah turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta merancakkan ekonomi setempat demi manfaat rakyat.

Sebagai langkah memperkukuh usaha tersebut, Kerajaan mengumumkan kenaikan Peruntukan Perolehan Kerja 2026 bagi kontraktor gred G1 hingga G4 daripada RM2.4 bilion kepada RM4 bilion tahun ini. Kontraktor yang menunjukkan prestasi baik akan terus diberi peluang dan kepercayaan untuk meningkatkan kapasiti serta memperkukuh keupayaan syarikat masing-masing.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan negara terus dipacu secara inklusif, sekali gus membawa manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara secara keseluruhan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3