KSU KKR TURUN PADANG: KEMAJUAN KERJA PEMULIHAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah turun padang (TURPA) meninjau keadaan serta perkembangan kerja-kerja pemulihan susulan isu kebocoran di ruang solat utama Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah mengambil tindakan segera termasuk pemasangan penghadang sementara di kawasan terjejas demi keselamatan jemaah. Ruang solat utama kini telah dibuka semula dan beroperasi sepenuhnya.
Hasil semakan teknikal mendapati kebocoran berpunca daripada sistem saliran kubah (Rain Water Down Pipe) yang tidak berfungsi dengan baik serta halangan serpihan jubin pada saluran air. Kerja-kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 Jun 2026.
KKR dan JKR komited memastikan setiap isu infrastruktur awam ditangani secara pantas, selamat dan berkesan demi kesejahteraan rakyat selaras aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat.
- Log in to post comments