PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU GIATMARA MERBOK, KEDAH
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK IBU PEJABAT KUALA LUMPUR
Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
negeri Kedah sahaja.
ME
E04, E11 dan E17
Taklimat Sebut Harga adalah diwajibkan. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 7 Mei 2026, jam 10.00 pagi secara atas talian melalui pautan https://meet.google.com/yum-ruds-nek. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi Taklimat Sebut Harga tersebut.
Penyebutharga WAJIB mengemukakan TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama- sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus & patuh dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan di e-melkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh
untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 7 Mei 2026 sehingga 14 Mei 2026.
Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat: Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Elektrik Negeri Kedah Kawasan Perusahaan Mergong 05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 21 Mei 2026.
Sebarang pertanyaan sila e-mel ke fadhlin@jkr.gov.my atau mrushdi@jkr.gov.my.