MOU ANTARA CIDB DIGITAL DAN GLODON SOFTWARE SDN. BHD | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MOU ANTARA CIDB DIGITAL DAN GLODON SOFTWARE SDN. BHD

KUALA LUMPUR -  Hari ini telah berlangsung Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIDB Digital dan Glodon Software Sdn. Bhd. di Hotel Westin, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri KSU, yang turut menyampaikan ucapan utama mengenai hala tuju digitalisasi sektor pembinaan. Kehadiran delegasi tertinggi Glodon, Encik Liu Qian (James) dan Encik Lei Peng, membuktikan komitmen dalam memperkukuh industri pembinaan.

Kerjasama ini dapat menjadi pemangkin  penggunaan teknologi pintar dalam pengurusan projek. Seterusnya, meningkatkan ketelusan dan kecekapan pelaksanaan projek pembangunan.

Ini selaras dengan konsep Malaysia MADANI, merealisasikan nilai daya cipta dan kesejahteraan rakyat melalui infrastruktur yang lebih berkualiti.

Kementerian komited untuk memastikan setiap projek pembangunan bukan sahaja siap mengikut jadual, malah dibina dengan teknologi terbaik demi masa depan Malaysia yang lebih maju.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0