ZIARAH SANTUNI MADANI KSU | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

ZIARAH SANTUNI MADANI KSU

KUBANG SEMANG  – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang menyantuni komuniti di Kubang Semang melalui inisiatif Ziarah Santuni MADANI. Turut hadir, YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan, Pengerusi PUSPANITA KKR.

Sembilan buah rumah telah diziarahi dalam sesi ziarah ini sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni penerima serta melihat sendiri keadaan dan keperluan komuniti setempat.

Inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) ini turut melibatkan 40 penerima terdiri daripada golongan asnaf, warga emas, ibu tunggal serta pesakit kronik melalui penyampaian Sumbangan Aidilfitri Santuni MADANI sebagai tanda keprihatinan Kerajaan terhadap kesejahteraan masyarakat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Agensi, rakan strategik serta AJK Masjid Kubang Semang yang telah membantu menjayakan program ini. Program ini bertujuan mendekati komuniti, memahami keperluan rakyat serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan dan masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kebersamaan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0