MAJLIS IFTAR SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) KKR 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS IFTAR SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) KKR 2026

KUBANG SEMANG  – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah hadir menyempurnakan Majlis Iftar Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) yang diadakan di Perkarangan Masjid Jamek Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) yang dilaksanakan bagi mendekati masyarakat, mengenal pasti keperluan penduduk serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan dan komuniti setempat.

Majlis turut diisi dengan pelbagai pengisian bermakna termasuk penyampaian Sumbangan Aidilfitri Santuni MADANI, agihan bubur lambuk, bacaan Yasin dan Tahlil, serta majlis berbuka puasa bersama komuniti setempat.

Turut hadir mengimarahkan majlis ialah YBrs. Encik Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan; YBrs. Dr. Haji Syaharudin Shah bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Unit Penyelarasan Pelaksanaan; serta YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang, bersama wakil agensi kerajaan, pihak industri dan pemimpin komuniti setempat.

Semoga program ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat sepanjang bulan Ramadan yang mulia, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0