TURUN PADANG KSU KE TAPAK PROJEK LTU PAKEJ 3 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TURUN PADANG KSU KE TAPAK PROJEK LTU PAKEJ 3

GUA MUSANG - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang mengadakan lawatan ke Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3 yang melibatkan Seksyen 3B dan Seksyen 3C bagi laluan Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang pada 7 Mac 2026.

Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan kerja di tapak projek serta memastikan tindakan segera dilaksanakan bagi menjamin keselamatan dan kelancaran laluan kepada pengguna jalan raya.

Sebagai langkah penyelesaian segera, penyelesaian jangka pendek dilaksanakan melalui dua kontrak kerja yang melibatkan kerja-kerja pembinaan turapan jalan, pemasangan kemudahan jalan serta pelaksanaan pengurusan trafik bermula 3 Mac 2026 hingga 3 Mac 2027. Pengurusan trafik ini merangkumi penyediaan papan tanda keselamatan, kawalan aliran trafik serta pemasangan kemudahan perlindungan bagi memastikan pergerakan kenderaan lebih selamat dan teratur sepanjang tempoh pelaksanaan kerja di tapak projek.

Dalam masa yang sama, penyelesaian jangka panjang turut dirancang melalui pelaksanaan projek utama yang dijadualkan melalui proses Surat Setuju Terima (SST) pada 23 Ogos 2026, bagi memastikan penyelesaian yang lebih menyeluruh dan mampan di lokasi berkenaan.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia terus komited memperkukuh pembangunan infrastruktur negara yang selamat, berkualiti dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat. Usaha ini juga seiring dengan inisiatif MYJalan dalam memastikan penyelenggaraan serta penambahbaikan rangkaian jalan raya dilaksanakan secara berterusan demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0