JEMPUTAN AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA RAMADAN 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

JEMPUTAN AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA RAMADAN 2026

PUCHONG, SELANGOR – YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menghadiri dan menyempurnakan simbolik Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan “Perjalanan Bersama Keselamatan Terjaga – Pengagihan Bubur Lambuk dan Kempen Keselamatan Jalan Raya” yang berlangsung di Plaza Tol South Klang Valley Expressway (SKVE), Saujana Putra.

Program anjuran Touch ’n Go Sdn. Bhd., SKVE dan PSKLM ini  menggabungkan dua elemen utama iaitu pengagihan bubur lambuk kepada pengguna lebuh raya serta pelaksanaan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya bersempena bulan Ramadan dan musim perayaan.

Turut hadir ialah Encik Praba Sangarajoo, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ’n Go Sdn. Bhd.; Encik Jason Siew, Ketua Pegawai Komersial; Encik Ridzal Hashim, Pengarah Client Engagement (Expressway); Yang Berusaha Ir. Ts. Dr. Nadzrol Fadzilah Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia; Encik Azmee Nin, Timbalan Presiden PSKLM; barisan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi lebuh raya serta wakil-wakil rakan strategik industri.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan yang mulia, di samping memperkukuh kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan ketika memandu, khususnya menjelang musim perayaan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0