SESI SOAL JAWAB DI PARLIMEN OLEH YBTM | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

SESI SOAL JAWAB DI PARLIMEN OLEH YBTM

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini hadir ke Parlimen Malaysia bagi menyempurnakan tanggungjawab menjawab soalan-soalan lisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kehadiran ini mencerminkan komitmen tinggi Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memberikan penjelasan tuntas mengenai status pelaksanaan projek infrastruktur serta pengurusan aset awam demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat sentiasa diutamakan.

Dalam sesi di Dewan Rakyat, beliau menjawab pertanyaan Tuan Haji Jamaludin bin Yahya (Pasir Salak) mengenai pelan penyelenggaraan berkala dan langkah pencegahan kerosakan jalan berulang bagi menjamin keselamatan awam. Manakala di Dewan Negara, beliau memperincikan jawapan kepada Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim mengenai cadangan pelan induk nasional bagi penyediaan laluan motosikal berasingan di lebuh raya dan jalan utama Persekutuan serta negeri sebagai langkah pencegahan jangka panjang yang lebih menyeluruh.

Penjelasan yang diberikan di kedua-dua dewan tersebut merangkumi strategi proaktif kementerian dalam mendepani cabaran teknikal serta kekangan bajet melalui penggunaan teknologi turapan yang lebih tahan lama dan perancangan mobiliti yang lebih selamat. YB. Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa setiap pandangan dan input daripada Ahli Parlimen serta Senator akan diteliti bagi menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh akauntabiliti KKR terhadap sistem demokrasi berparlimen

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0