KUNJUNGAN HORMAT KSU KKR KE PEJABAT SUK KELANTAN PERKUKUH SINERGI PEMBANGUNAN
KELANTAN — Kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim ke atas YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Pejabat SUK Kelantan, memperkukuh kerjasama strategik Persekutuan dan Negeri demi pembangunan serta kesejahteraan rakyat.
Turut terlibat YBhg. Dato’ Hj. Ab. Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) dan YBhg. Dato’ Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan.
Hadir sama YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid; YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, JKR Malaysia; YBrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan; YBrs. Roswadi Muhammad, Pengarah CIDB Kelantan; serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi.
Selaras aspirasi Malaysia MADANI, sinergi erat ini memperkukuh tadbir urus, mempercepat pembangunan berkualiti dan memastikan manfaatnya dirasai rakyat secara menyeluruh
- Log in to post comments