LAWATAN KERJA RASMI KSU KKR KE MAKMAL MYBIM SATELLITE TVETMARA PASIR MAS, KELANTAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

LAWATAN KERJA RASMI KSU KKR KE MAKMAL MYBIM SATELLITE TVETMARA PASIR MAS, KELANTAN

KELANTAN — YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang meninjau Makmal MYBIM Satellite TVETMARA yang dibangunkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Kelantan. Pembangunan ini merupakan hasil kerjasama antara CIDB dan KKTM/MARA bagi menyediakan kemudahan digital yang lebih moden, lengkap serta menyokong keperluan industri pembinaan masa kini.

Turut serta ialah YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid. Hadir sama YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, JKR Malaysia; YBrs. En Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan, YBrs. En. Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Kelantan; YBrs. Roswadi Muhammad, Pengarah CIDB Kelantan; YBrs. Ir. Supardi bin Amaludin, Pengarah TVET MARA Pasir Mas; YBrs. Ir. Nuriman bin Yusop, Pengarah Bahagian Teknikal; serta YBrs. Ir. Ghazali bin Harun, Timbalan Pengarah Pengajian II bersama delegasi pegawai kanan kementerian dan agensi.

Di pihak CIDB, peruntukan disalurkan untuk penyediaan papan tanda, pembelian 21 unit komputer lengkap dengan dual monitor, pemasangan perisian keselamatan serta akses jarak jauh, dan juga perisian AEC untuk kegunaan teknikal.

Sementara itu, KKTM/MARA melaksanakan kerja pengubahsuaian ruang secara menyeluruh bagi memastikan makmal ini beroperasi dalam persekitaran yang selesa, sistematik dan kondusif.

Keseluruhan pembangunan, termasuk kerja ubah suai serta pemasangan, pengujian dan pengoperasian perkakasan dan perisian, telah dilaksanakan dari 25 September hingga 24 November 2025.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memperkukuh pendigitalan sektor pembinaan, meningkatkan kecekapan penyampaian projek serta membangunkan bakat berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kemajuan mampan, inovasi dan kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0