MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK INFRA RAKYAT KEMENTERIAN PELANGGAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK INFRA RAKYAT KEMENTERIAN PELANGGAN

KUANTAN - Dalam rangka TURPA (turun padang) ke Negeri Pahang hari ini, YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Infra Rakyat Kementerian Pelanggan Bilangan 1 bertempat di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS).

Sehingga kini, sebanyak 2,607 projek sedang dilaksanakan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM154.4 bilion.

Daripada jumlah tersebut, 1,249 projek berada pada fasa pra pembinaan dengan nilai RM83.65 bilion, manakala 855 projek sedang dalam pembinaan melibatkan nilai RM49.73 bilion. 

Dalam kategori pembinaan, 255 projek berada pada tahap awal jadual, 273 projek mengikut jadual, 289 projek lewat jadual dan cuma 38 (4%) projek dikenal pasti sebagai projek sakit.

Selain itu, sebanyak 395 projek telah siap dan berada dalam tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) dengan nilai RM16.67 bilion, manakala 108 projek berada pada peringkat kerja awalan berjumlah RM4.35 bilion.

Bagi Projek Penyelenggaraan, Pemulihan, Ubahsuai dan Naiktaraf (PPUN), sebanyak 81 kerja sedang dilaksanakan dengan nilai keseluruhan RM1.19 bilion.

Pemantauan rapi projek ini di semua peringkat pembinaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan dilaksanakan secara terancang, cekap dan memberi manfaat kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0