PENYERAHAN PROJEK PEMBAIKAN CERUN VHF TELAPAK BURUK, NEGERI SEMBILAN. | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PENYERAHAN PROJEK PEMBAIKAN CERUN VHF TELAPAK BURUK, NEGERI SEMBILAN.

JELEBU, NEGERI SEMBILAN –  YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Arahan Kerja (AK) Pembaikan Cerun Laluan Very High Frequency (VHF) Telapak Buruk, Negeri Sembilan yang dilaksanakan melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya. Laluan ini merupakan akses strategik dan utama ke stesen pemancar komunikasi negara bagi kenderaan penyelenggaraan dan dikategorikan sebagai Sasaran Penting Keutamaan 1 (SP1) di bawah Government Integrated Radio Network.

Stesen pemancar tersebut memberi manfaat langsung kepada rakyat khususnya agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Chief Government Security Officer (CGSO) selain syarikat utiliti dan telekomunikasi termasuk Tenaga Nasional Berhad, Maxis, Celcom dan Digi, bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan utiliti berada pada tahap sifar gangguan melibatkan liputan Negeri Sembilan serta sebahagian Selangor, Melaka dan Pahang.

Keseluruhan projek pembaikan cerun bernilai RM109 juta ini melibatkan 124 lokasi melalui 36 Arahan Kerja (AK) yang dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat di bawah kontrak jangka masa panjang bermula 24 Februari 2022 dan siap sepenuhnya pada 14 Oktober 2025. Skop pelaksanaan merangkumi kerja penstabilan cerun, baik pulih struktur serta naik taraf dan penurapan semula jalanakses mengikut piawaian kualiti dan keselamatan yang ditetapkan, dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun bertindak sebagai Pengarah Projek dalam merancang, mengurus dan menyelia keseluruhan pelaksanaan.

Melalui pelaksanaan program ini, KKR dan JKR Malaysia terus komited memastikan kebolehfungsian infrastruktur strategik selaras aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, keselamatan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0