MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA PROJEK PEMBINAAN PENJARA SIBU, SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA PROJEK PEMBINAAN PENJARA SIBU, SARAWAK

KUALA LUMPUR - Sekitar Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembinaan Penjara Sibu, Sarawak bernilai RM275.33 juta, yang telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, hari ini.

Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBrs. Ir. Hurolaine binti Che Ab Aziz, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia; Encik Muhamad Zamzuri bin Zulkifli, Pegawai Bahagian Pembangunan KDN; serta YBrs. Encik Kamarul Arifin bin Abdul Aziz, Pengarah Pembangunan dan Perolehan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Projek ini akan dilaksanakan secara Reka dan Bina dengan tempoh pembinaan selama 36 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2029. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0