KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIK TARAF RUANG PERANCANGAN OPERASI, AKTIVITI
DAN PENGURUSAN PENTADBIRAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PSNKL
PUSAT SAINS NEGARA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga
Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Selangor Darul Ehsan serta mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor
(PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
B
B28
Taklimat sebut harga dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga hendaklah kemukakan Sijil Pendaftaran Asal Lesen Kewangan, CIDB (Perakuan Pendaftaran Kontraktor &a Sijil Perolehan Kerja Kerajaan), PKK (Sijil Taraf Bumiputera), SSM (Sijil Pendaftaran Syarikat) dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) ketika sesi pendaftaran. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
TARIKH MASA TEMPAT
06 Februari 2026
(Jumaat)
3.00 petang Auditorium Ibnu Sina, Aras 3,
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
(Perhatian: Kontraktor tidak dibenarkan menghantar wakil untuk hadir lawatan tapak)
Harga Dokumen Sebut Harga adalah PERCUMA.
(Tempoh sah laku Sebut Harga adalah 90 hari dari tarikh tutup iklan ini)
Dokumen Sebut harga akan dihantar melalui E-MEL RASMI SYARIKAT YANG BERDAFTAR
DENGAN CIDB SAHAJA (e-mel persendirian tidak dibenarkan) yang didaftarkan ketika
pendaftaran sesi taklimat dan lawatan tapak serta syarikat yang berjaya melepasi syarat
kelayakan yang ditetapkan seperti di para 2 bermula dari 06 Februari 2026 (Jumaat)
Dokumen sebut harga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar
dalam satu (1) sampul surat dengan serahan tangan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut
Harga di Unit Pengurusan, Aras 3, Pejabat Pentadbiran, Pusat Sains Negara, Persiaran Bukit
Kiara, 50662 Kuala Lumpur pada 23 Februari 2026 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari.
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-20893445 atau emelkan kepada
norraini@psn.gov.my.