TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA JAWAB PERTANYAAN LISAN DI DEWAN RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA JAWAB PERTANYAAN LISAN DI DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini hadir ke Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan daripada Ahli-Ahli Parlimen berkaitan bidang tugas Kementerian Kerja Raya (KKR), merangkumi isu pelaksanaan projek infrastruktur serta inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk pelaksanaan Sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) di lebuh raya bertol bagi meningkatkan kecekapan kutipan tol dan kelancaran trafik, serta cadangan pemberian akreditasi khas kepada kontraktor yang memantau kualiti kerja turapan jalan sebagai langkah memperkukuh kawalan mutu projek jalan raya. Kedua-dua inisiatif ini dilaksanakan dengan penekanan terhadap pematuhan piawaian teknikal dan kepentingan pengguna.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan KKR untuk memperluas penggunaan teknologi pembinaan dan pemantauan yang lebih canggih selaras dengan agenda pendigitalan sektor infrastruktur negara, bagi memastikan pelaksanaan projek yang lebih cekap, telus dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0