MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK MEMBINA MAKMAL UJIAN DAN BANGUNAN KOMPLEKS MIROS | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK MEMBINA MAKMAL UJIAN DAN BANGUNAN KOMPLEKS MIROS

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Membina Makmal Ujian dan Bangunan Kompleks MIROS, sebuah projek strategik di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Projek di bawah RMKe-12 (Rolling Plan 4) ini dianugerahkan kepada MTD Construction Sdn. Bhd. dengan nilai RM129.42 juta dan akan dilaksanakan secara Reka dan Bina selama 178 minggu, bermula 7 Januari 2026 hingga 5 Jun 2029. Skop projek merangkumi pembinaan makmal ujian, bangunan pentadbiran, blok sokongan serta kemudahan berkaitan penyelidikan keselamatan jalan raya.

Pembangunan kompleks ini bertujuan memperkukuh peranan MIROS sebagai pusat rujukan dan pengujian keselamatan jalan raya di peringkat nasional dan serantau ASEAN, selain meningkatkan kecekapan operasi, kapasiti penyelidikan serta latihan. Projek ini juga sejajar dengan nilai Malaysia MADANI dan aspirasi Dasar Pembinaan Negara 2030.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan menegaskan keperluan kontraktor mematuhi aspek kualiti, kos, masa dan keselamatan, selaras dengan prinsip Zero Sick Projects dan Ahead of Time (AOT). Penyiapan projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada MIROS dan menyokong usaha Kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0