TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA CIDB E-CONSTRUCT SERVICES DAN AUTODESK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA CIDB E-CONSTRUCT SERVICES DAN AUTODESK

KUALA LUMPUR – YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui anak syarikatnya, CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd. (CIDB EC), dengan Autodesk Asia Pte. Ltd.

MoU ini bertujuan menerokai dan memperkasa kerjasama dalam bidang Permodelan Maklumat Bangunan (BIM), Common Data Environment (CDE) serta teknologi berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyokong pendigitalan industri pembinaan negara.

Kerjasama strategik ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan, produktiviti dan daya saing industri pembinaan selaras dengan agenda transformasi digital negara

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0