AMANAT TAHUN BAHARU KEMENTERIAN KERJA RAYA 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

AMANAT TAHUN BAHARU KEMENTERIAN KERJA RAYA 2026

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah mengadakan Perhimpunan Bulanan KKR Januari 2026 bersempena Sambutan Tahun Baharu bertemakan “Rancakkan MADANI: Data Tepat, Destinasi Hebat – Pemacu Malaysia MADANI” di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan bersama Bahagian Akaun KKR.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, Pengurusan tertinggi KKR dan agensi serta warga KKR.

Kemuncak perhimpunan adalah Ucapan Amanat Tahun Baharu oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang menekankan komitmen KKR dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memacu pembangunan infrastruktur negara secara mampan serta mendukung aspirasi Malaysia MADANI melalui penggunaan data yang tepat dan perancangan strategik berimpak tinggi.

Majlis turut menyaksikan penganjuran Sesi Hall of Fame serta pelancaran Pelan Strategik Organisasi KKR (PSO) dan Training Road Map (TRM) sebagai langkah memperkukuh tadbir urus organisasi dan pembangunan kompetensi modal insan kementerian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0