MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA — Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek tadbir urus, integriti dan pencegahan rasuah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan telah diadakan di Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Putrajaya.

Nota Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasa amalan integriti, ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan dan pelaksanaan projek-projek di bawah bidang kuasa KKR, selaras dengan prinsip Kerajaan MADANI.

Melalui kerjasama ini, KKR dan SPRM akan mempertingkatkan perkongsian kepakaran, pelaksanaan program kesedaran integriti serta inisiatif pencegahan rasuah secara bersepadu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti dan berkesan.

Kementerian Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SPRM atas komitmen dan kerjasama erat yang dijalinkan, serta berharap hubungan strategik ini akan terus diperkukuh demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0