Majlis Anugerah Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Terbaik Kali Ke-8 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

Majlis Anugerah Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Terbaik Kali Ke-8

KUALA LUMPUR – YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, hari ini menyempurnakan Majlis Anugerah Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Terbaik Kali Ke-8 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Malaysia; YBrs. Puan Mastina binti Ibnu Hassan, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah; YBrs. Cik Helena Remeo, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya Malaysia; YBrs. Encik Yunus bin Tasim, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya Malaysia; serta YBrs. Encik Shahizal Rizwan bin Ahmat Raslan, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil agensi pemilik Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan (BGKP) daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Dalam Negeri, serta pegawai kanan KKR dan agensi berkaitan.

Penganjuran majlis ini merupakan platform penting dalam memberikan pengiktirafan kepada Syarikat Pengurusan Fasiliti BGKP yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam aspek pengurusan dan penyenggaraan melibatkan 67 buah Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan di seluruh negara.

Seiring aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian Kerja Raya kekal komited memastikan pengurusan aset dan fasiliti kerajaan dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkualiti berpandukan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan, bagi menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti, mampan serta berorientasikan kesejahteraan rakyat.

Kementerian Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0