LAWATAN DELEGASI KEMENTERIAN EKONOMI DAN KEWANGAN KEMBOJA KE KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

LAWATAN DELEGASI KEMENTERIAN EKONOMI DAN KEWANGAN KEMBOJA KE KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah menerima kunjungan lawatan daripada delegasi Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kemboja sempena pelaksanaan Study Visit to Ministry of Works yang berlangsung selama dua hari bermula 16 hingga 17 Disember 2025.

Sesi lawatan telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Cik Helena Remeo, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Fasiliti, KKR, diikuti ucapan pembukaan oleh Mr. Lay Sopheak, Pengarah Jabatan Pelaburan (DI), GDB, Kemboja. Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh KKR melibatkan Bahagian Pengurusan Fasiliti, Bahagian Dasar dan Antarabangsa serta Bahagian Perancangan Jalan, selain taklimat oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) – MARRIS.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik serta pendekatan Malaysia dalam perancangan, pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur, khususnya dalam aspek pengurusan fasiliti dan rangkaian jalan raya. Sesi soal jawab turut diadakan bagi mengukuhkan pertukaran pandangan dan pemahaman antara kedua-dua pihak.

Pada hari kedua, delegasi telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat konsesi penyelenggaraan serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), diikuti lawatan tapak bagi meninjau secara langsung pelaksanaan pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya di Malaysia.

KKR percaya lawatan ini dapat memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Kemboja, di samping membuka ruang kerjasama strategik dalam pembangunan dan pengurusan infrastruktur pada masa hadapan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0