MALAYSIA–KOREA MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BAGI MEMPERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN TEKNOLOGI PEMBINAAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MALAYSIA–KOREA MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BAGI MEMPERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan (MOLIT) Republik Korea bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan infrastruktur dan teknologi pembinaan.

MoU yang ditandatangani oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi dan TYT Kim Yun-Duk ini memberi tumpuan kepada Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), Sistem Tol Pintar, teknologi penyelenggaraan jalan raya serta teknologi pembinaan pintar.

YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi turut menyampaikan penghargaan ketika menyaksikan pertukaran MoU antara YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, dan Tuan Yang Terutama Kang Hee-up, Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Republik Korea, bersempena penganjuran Korea–Malaysia ITS Roadshow 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Kerjasama ini menjadi platform untuk perkongsian pengetahuan dan pembangunan kapasiti, serta membuka peluang kepada projek masa hadapan yang lebih efisien dan lestari.

Pertukaran MoU disaksikan sempena Korea–Malaysia ITS Roadshow 2025 yang menghimpunkan lebih 150 peserta dari kedua-dua negara, merangkumi agensi kerajaan, institusi penyelidikan, pengendali lebuh raya dan syarikat teknologi ITS. 

KKR yakin MoU ini akan mengukuhkan sektor pembinaan negara serta menyokong agenda pembangunan infrastruktur digital dan pintar Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0