PROGRAM RETREAT MENTERI KERJA RAYA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) DAN AGENSI | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROGRAM RETREAT MENTERI KERJA RAYA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) DAN AGENSI

30 NOVEMBER 2025 - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan Program Retreat Menteri Kerja Raya bersama-sama Pengurusan Tertinggi KKR dan agensi selama dua hari bermula 29 hingga 30 November bertempat di Geo Hotel and Resort. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh hala tuju strategik kementerian serta meningkatkan penyelarasan antara pihak pengurusan tertinggi KKR dan agensi di bawahnya.

Pengisian hari pertama melibatkan sesi pembentangan komprehensif daripada bahagian-bahagian di kementerian yang merangkumi sektor pengurusan serta sektor dasar dan pembangunan. Sesi ini memberi tumpuan kepada pencapaian semasa, isu-isu pelaksanaan serta cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kementerian.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai sesi libat urus dan perbincangan strategik turut diadakan bagi menilai status pelaksanaan projek dan merangka hala tuju baharu dalam memperkukuh kerjasama antara KKR dan agensi. Retreat ini turut menjadi platform penting bagi memastikan kesiapsiagaan kementerian dalam menghadapi cabaran semasa, selari dengan aspirasi pembangunan negara.

KKR komited untuk terus mempertingkat tadbir urus, memperkukuh pengurusan projek serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.


Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0