KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR JOHOR KE KEMENTERIAN KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR JOHOR KE KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini menerima kunjungan hormat daripada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dalam pembangunan infrastruktur negeri.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi 

Menteri Kerja Raya, bersama YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan).

Intipati Perbincangan antara YAB Menteri Besar, YB Exco dengan YB Menteri Kerja Raya ialah berkaitan Projek pembangunan negeri Johor di bawah pelaksanaan KKR dan JKR Malaysia. Perbincangan ini juga menyentuh berkenaa negeri Johor selaku tuan rumah Hari Profesion Teknikal Negara 2025.

Kunjungan ini adalah manifestasi dan  keprihatinan Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Johor terhadap keperluan rakyat serta peranannya dalam mempercepat pembinaan dan penyenggaraan infrastruktur negeri yang berkualiti, mampan, lestari dan selamat untuk rakyat seiring visi Kerajaan MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0