PROJEK PENYURAIAN TRAFIK JURU–SUNGAI DUA: PACU ASPIRASI MALAYSIA MADANI | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROJEK PENYURAIAN TRAFIK JURU–SUNGAI DUA: PACU ASPIRASI MALAYSIA MADANI

PULAU PINANG - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua (PTJSD) bertempat di Tapak Ekspo Seberang Perai.

Projek strategik sepanjang 17.3 kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan ini merupakan antara inisiatif berimpak tinggi Kerajaan MADANI dalam menangani kesesakan yang telah sekian lama membelenggu kawasan Juru hingga Sungai Dua — laluan yang digunakan lebih 200,000 pengguna setiap hari.

Apabila siap sepenuhnya kelak, projek bernilai RM3 bilion ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan sehingga 30% serta memendekkan masa perjalanan waktu puncak daripada satu jam kepada hanya 20 minit.

Pelaksanaan projek ini akan dijalankan secara tender terbuka dengan tempoh pembinaan selama 48 bulan, bermula akhir 2025. Sepanjang pelaksanaannya, Kementerian Kerja Raya memberi jaminan bahawa pelan pengurusan trafik yang teliti akan dilaksanakan bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna.

Projek ini menjadi bukti komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh infrastruktur negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, seiring aspirasi

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0