PERJUMPAAN KSU KEMENTERIAN KERJA RAYA BERSAMA PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK (PTD) GRED M9–M12 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PERJUMPAAN KSU KEMENTERIAN KERJA RAYA BERSAMA PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK (PTD) GRED M9–M12

KUALA LUMPUR  — YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) Gred M9 – M12 di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Program ini diadakan selaras dengan saranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar Pengurusan Tertinggi mengadakan sesi libat urus bersama pegawai bagi berkongsi maklumat dan hala tuju organisasi. Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri KSU menekankan peranan dan tanggungjawab PTD serta berkongsi pengalaman melalui penyampaian bertajuk “10 Habits of Successful People”.

Seramai 60 orang Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) Gred M9 – M12 daripada KKR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah hadir. Turut hadir ialah YBrs. Puan Anaresa binti Muhammad Dain, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Selain sesi penyampaian, YBhg. Dato’ Seri turut berkesempatan menyantuni para pegawai melalui sesi soal jawab yang dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengemukakan pandangan serta pertanyaan berkaitan bidang tugas dan hala tuju jabatan. YBhg. Dato’ Seri juga berbesar hati menyampaikan hadiah berupa buku-buku ilmiah kepada pegawai yang hadir.

Perjumpaan di bawah KKR Speaker Series Bil. 5/2025 ini diharap dapat memperkukuh kefahaman pegawai mengenai peranan strategik mereka dalam pembangunan sektor kerja raya serta memperjelas hala tuju organisasi ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0