TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA HADIR KE DEWAN RAKYAT JAWAB SOALAN LISAN AHLI PARLIMEN SERIAN DAN MERSING | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA HADIR KE DEWAN RAKYAT JAWAB SOALAN LISAN AHLI PARLIMEN SERIAN DAN MERSING

KUALA LUMPUR  — Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan  hari ini menghadiri sesi Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas (2025) bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Serian dan Ahli Parlimen Mersing berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Dalam sesi tersebut, beliau memberikan penjelasan mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk status pelaksanaan projek-projek infrastruktur serta langkah-langkah kementerian dalam memastikan mutu dan keselamatan jalan raya di seluruh negara terus ditingkatkan.

Beliau turut menegaskan komitmen KKR untuk terus memperkukuh perancangan pembangunan infrastruktur negara, khususnya di kawasan luar bandar, bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelancaran sistem pengangkutan darat di Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0