KSU TURUN PADANG KE PAPAR - KOTA BELUD | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU TURUN PADANG KE PAPAR - KOTA BELUD

PAPAR – Sempena lawatan kerja ke Negeri Sabah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim telah meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 di jajaran Papar hingga Kota Belud, meliputi lokasi WP5, WP6, WP7, WP8, WP9, WP10 dan WP11.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir, serta Timbalan Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, YBhg. Dato’ Ir. Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Seri KSU menegaskan agar pihak kontraktor meningkatkan disiplin dan kecekapan kerja bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan setiap isu pelaksanaan dapat ditangani secara berkesan demi kelancaran projek berimpak tinggi ini.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0