PRJN KKR PERKUKUH JALINAN DENGAN UNIVERSITI AWAM | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PRJN KKR PERKUKUH JALINAN DENGAN UNIVERSITI AWAM

KUALA LUMPUR – Pusat Rujukan Jalan Negara (PRJN), Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Sesi Kedua Program Bersama Universiti Awam Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Melati, Aras 6, Blok B, KKR. Program ini disertai wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Inisiatif ini menjadi platform perkongsian ilmu serta memperkukuh hubungan strategik antara KKR dan institusi pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan jalan, ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk pembangunan infrastruktur negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0