YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENJAWAB SOALAN DI DEWAN RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENJAWAB SOALAN DI DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR – YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Maslan hari ini menjawab soalan YB Tuan Fathul Huzir Ayob (Gerik) mengenai pelaksanaan Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya, khususnya pemasangan lampu jalan di kawasan berisiko kemalangan akibat keadaan jalan yang gelap.

KKR memberi keutamaan kepada lokasi-lokasi seperti persimpangan, selekoh, jambatan serta kawasan yang mempunyai rekod kemalangan untuk pemasangan lampu jalan secara setempat dan berskala kecil, bagi memastikan pencahayaan mencukupi kepada pengguna jalan.

Bagi Negeri Perak, sebanyak 50 lokasi telah siap dipasang lampu jalan di bawah program ini dari tahun 2022 hingga 2024 dengan kos RM5.5 juta. Pada tahun 2025, sebanyak RM24.95 juta diperuntukkan untuk pemasangan lampu jalan di 258 lokasi Jalan Persekutuan seluruh negara, termasuk 26 lokasi di Perak dengan kos RM2.6 juta.

Berhubung cadangan pemasangan lampu jalan di Jalan Persekutuan FT1157 (Jalan Lepang Nering), Hulu Perak, KKR mengambil maklum permohonan tersebut dan akan meneliti pemasangan lampu jalan solar bagi kelulusan Tahun 2026, tertakluk kepada keutamaan jabatan dan kelulusan peruntukan.

Untuk tahun 2025, penyelenggaraan lampu jalan di laluan FT1157 berjumlah RM150,000, termasuk pembaikan lampu dan kabel yang telah siap pada 31 Jun 2025. Pada masa ini terdapat 35 tiang lampu sedia ada, dan penambahan 30 lampu jalan baharu dicadangkan pada tahun 2026 dengan anggaran kos RM300,000, tertakluk kepada kelulusan peruntukan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2