PROJEK PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) MUALLIM, PERAK
MUALLIM – Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Projek di bawah RMKe-11 dengan peruntukan RM85 juta ini dibina di atas tanah seluas 28.02 ekar dan merangkumi bangunan pentadbiran moden, kuarters pegawai dan anggota, surau, dewan serbaguna, gelanggang riadah serta bangunan tadika bagi kemudahan warga IPD dan komuniti setempat.
Menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan skor melebihi 70%, projek ini menekankan kualiti, kecekapan tenaga dan kelestarian alam sekitar melalui penggunaan bahan binaan mesra alam serta Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).
Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited membina infrastruktur awam yang selamat, berkualiti dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta pembangunan mampan negara.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, CP Tuan Gilberd ak Philip Layang Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia, Ir Haji Zamri bin Mat Kasim Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, DCP Tuan Mohammad Azlin bin Haji Sadari Timbalan Ketua Polis Perak, Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Muallim, Toh Paduka Setia Dato’ Ir Dr Safry Kamal bin Haji Ahmad Orang Besar Jajahan Daerah Muallim serta YB Puan Salina binti Samsudin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang bersama pegawai kanan Kementerian, PDRM dan agensi kerajaan Persekutuan serta Negeri
- Log in to post comments