MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENANGANI ISU SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI DI PELBAGAI NEGERI DAN PROJEK DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG (NEGERI SELANGOR) | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENANGANI ISU SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI DI PELBAGAI NEGERI DAN PROJEK DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG (NEGERI SELANGOR)

CHERAS - Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi di Pelbagai Negeri dan Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (Negeri Selangor) bertempat di SK Bandar Tun Hussein Onn 2.

Sebanyak 53 projek berjaya disiapkan dan diserahkan pada majlis ini, termasuk pembinaan bilik darjah tambahan bagi aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada 127 projek di enam negeri yang dikenal pasti oleh KPM untuk menangani isu sekolah berkepadatan tinggi.

Menariknya, projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh singkat - hanya dua hingga tiga bulan, membuktikan kecekapan pelaksanaan oleh JKR Malaysia di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

Turut diserahkan ialah Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung di 75 buah sekolah, termasuk 10 projek di Negeri Selangor yang telah siap sepenuhnya bagi menyediakan ruang perhimpunan yang lebih selesa dan selamat untuk murid serta guru.

KKR melalui JKR terus komited menyokong aspirasi Kerajaan MADANI dalam menyediakan infrastruktur pendidikan berkualiti, inklusif dan mampan - demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5