KUNJUNGAN HORMAT UTHM DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ICON (INDUSTRY CEO@UNIVERSITY) KEPADA KSU KKR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KUNJUNGAN HORMAT UTHM DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ICON (INDUSTRY CEO@UNIVERSITY) KEPADA KSU KKR

KUALA LUMPUR  – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Haziman bin Wan Ibrahim, Dekan FKAAB.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri Azman turut menerima watikah pelantikan sebagai ICON (Industry CEO@University), satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memperkukuh hubungan strategik antara industri dan universiti dalam melahirkan graduan berdaya saing.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Rafidah binti Hamdan (Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan), Ts. Dr. Syed Burhanuddin Hilmi bin Syed Mohamad (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam) dan Puan Norfaizah binti Ismail (Timbalan Pendaftar).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0