SESI SOAL JAWAB DI PARLIMEN OLEH YBTM
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini hadir ke Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia bagi menjawab sesi soalan lisan yang melibatkan pelbagai isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR).
Dalam sesi berkenaan, beliau memberikan penjelasan mengenai usaha penglibatan kontraktor tempatan, khususnya dalam memperkasa kontraktor G1 hingga G3, selaras dengan dasar kementerian untuk memperluas peluang dan meningkatkan keupayaan kontraktor kecil di seluruh negara.
Kehadiran YB Datuk Seri Ahmad Maslan ke Dewan Rakyat mencerminkan komitmen Kementerian Kerja Raya untuk terus bersikap telus dan bertanggungjawab terhadap isu-isu berkaitan kemudahan awam serta memperkukuh usaha kerajaan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan infrastruktur negara.
- Log in to post comments