TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA SANTUNI WARGA JKR KOTA BELUD USAI TINJAUAN PROJEK DI KEM PARADISE
KOTA BELUD - Usai tinjauan projek di Kem Paradise, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan menyantuni warga Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Belud sebelum meneruskan agenda lawatan rasmi beliau hari ini.
Selain diberi taklimat mengenai projek-projek yang sedang giat dilaksanakan di seluruh Kota Belud, YB Datuk Seri juga diberikan taklimat mengenai kemajuan kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Taklimat disampaikan oleh YBrs. Puan Asnijah Sibin, Jurutera Bahagian (Pantai Barat Utara), Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Belud serta YBrs. Encik Aarol Izmi Zamani, Jurutera Projek, Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments