PROJEK PEMBINAAN SEMULA SEKOLAH DAIF SK BATU PUTIH BARU SANDAKAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROJEK PEMBINAAN SEMULA SEKOLAH DAIF SK BATU PUTIH BARU SANDAKAN

SANDAKAN, SABAH – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, meninjau projek pembinaan semula sekolah daif SK Batu Putih Baru, Sandakan – lawatan rasmi ketiganya ke Sabah pada 2025. Projek bernilai RM43.89 juta ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh Eastbourne Corporation Berhad dengan JKR (PPK2) sebagai agensi pelaksana.

Sekolah yang dibina sejak 1983 kini menempatkan 629 murid, 43 guru dan 5 staf sokongan, memerlukan binaan baharu kerana bangunan asal uzur. Projek melibatkan pembinaan blok pentadbiran, akademik (18 bilik darjah), pra-sekolah, kantin dan kemudahan lain.

Kerja bermula 24 Februari 2025 dan dijangka siap pada 22 April 2029 melalui dua fasa:

 • Fasa 1: Bangunan baharu danperobohan bangunan lama, siap 20 Ogos 2028.

 • Fasa 2: Naik taraf tiga blok sedia ada, siap 22 April 2029.

Timbalan Menteri Kerja Raya juga turut meluangkan masa untuk membuat tinjauan Projek Lebuhraya Pan Boneo - Menaik Taraf Jalan dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau dan dari Sukau ke Kampung Lot M, Kinabatangan, Sabah.

KKR menegaskan komitmen agar projek disiapkan mengikut jadual, berkualiti, selamat tanpa kemalangan, serta mencerminkan nilai Malaysia MADANI demi menyediakan akses pendidikan kondusif kepada generasi muda Sabah.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0